Felda Jengka 24 rai bekas kakitangan - Utusan Malaysia

Felda Jengka 24 rai bekas kakitangan

KAKITANGAN Felda Jengka 24 meraikan Norhidayah Omar (duduk, tengah) yang akan bertukar tempat kerja di Nada Cafe Bandar Pusat Jengka di Maran, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Felda Jengka 24 mengadakan majlis makan malam bagi meraikan bekas kakitangannya yang akan bertukar tempat kerja ke Felda Bukit Sagu 2 di Kuantan.

Kakitangan terbabit, Norhidayah Omar yang merupakan pembantu pembangunan masyarakat (SDA) (Pembangunan Komuniti dan Sosial) akan bertugas di tempat kerja baru bermula 28 Oktober ini.

Selain mengeratkan silaturahim, majlis itu bagi menghargai sumbangan Norhidayah ketika berkhidmat di Felda Jengka 24.

Seramai 20 kakitangan agensi terbabit yang bertugas di Felda Jengka 24 hadir pada majlis santai tersebut yang diadakan di Nada Cafe Bandar Pusat Jengka di sini.

Pengerusi Biro Sosial Gabungan Ketua-Ketua Peneroka Felda Wilayah Jengka, Razak Daud berkata, sebagai penjawat awam Felda, pertukaran itu boleh memberikan pengalaman dan pembelajaran baharu kepada setiap kakitangan terlibat.

“Semenangnya penjawat awam dilatih untuk tidak tetap di satu-satu tempat. Ia bukan berlaku di sini sahaja malah seluruh agensi kerajaan ketika ini.

“Mereka boleh ditukarkan ke mana sahaja mengikut arahan tugas,” katanya di sini semalam.

Razak yang juga Ketua Peneroka Felda Jengka 24 mengucapkan terima kasih kepada Norhidayah sepanjang tempoh berkhidmat di tanah rancangan terbabit.

“Selamat maju jaya dan semoga segala urusan di tempat baharu dipermudahkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya