Enam kenderaan rosak dihempap pokok tumbang

Enam kenderaan rosak dihempap pokok tumbang

Mayat dalam longkang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Hujan di beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang awal pagi tadi menyebabkan enam kenderaan yang diletakkan di tempat letak kenderaan di sebuah kawasan perumahan di Seksyen 7 Kota Damansara, rosak akibat dihempap pokok tumbang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.10 pagi itu, satu panggilan kecemasan berhubung kejadian diterima pada pukul 3.10 pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami dimaklumkan terdapat sebuah pokok tumbang yang menghempap enam kenderaan di tempat letak kenderaan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, pokok berkenaan bersaiz besar dan dahannya yang tumbang terkena enam kenderaan terbabit.

“Enam kenderaan yang rosak dalam kejadian itu adalah Proton Waja, Proton Iris, Proton Saga, Perodua Alza dan dua Perodua Myvi.

“Tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian ini dan kerja pemotongan serta pembersihan sedang giat dijalankan,”jelasnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN