GAZA dibedil tanpa ada belas Ihsan. Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali berkata, akibat pengeboman berterusan rejim Zionis itu, tidak ada seinci pun bumi Gaza yang boleh dianggap selamat. Lebih dua juta penduduk wilayah yang diibaratkan sebagai kem tahanan atau penjara terbuka itu sudah tidak ada tempat bersembunyi. Masjid, gereja, sekolah malah hospital semuanya menjadi sasaran serangan Israel. Ada yang berhujah semuanya berpunca daripada pejuang Hamas sendiri yang melancarkan…