Dua lelaki maut motosikal bertembung - Utusan Malaysia

Dua lelaki maut motosikal bertembung

KEMALANGAN melibatkan dua buah motosikal yang bertembung di Kilometer 8 Jalan Pantai, Port Dickson hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Dua lelaki maut apabila motosikal yang ditunggang mereka bertembung antara satu sama lain dalam kemalangan di Kilometer 8 Jalan Pantai di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, kejadian pada pukul 3.20 petang itu melibatkan dua buah motosikal yang ditunggang seorang pekerja restoran berusia 21 tahun dan seorang penunggang yang merupakan tukang cat berusia 54 tahun. 

“Siasatan awal mendapati pekerja restoran itu dari arah Telok Kemang menghala ke Port Dickson, sebaik sampai di lokasi kejadian motosikalnya disyaki telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan.

“Dia kemudiannya bertembung dengan motosikal yang ditunggang lelaki berusia 54 tahun iaitu seorang tukang cat dari arah bertentangan secara depan-depan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.  

Aidi Sham berkata, akibat daripada kemalangan itu, kedua-dua penunggang motosikal maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah yang dialami. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

“Orang ramai atau saksi yang mempunyai maklumat berkenaan kemalangan boleh berhubung dengan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson di talian 06-6472222,” katanya. –UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN