Dewan Rakyat: Israel tidak berhak sekat bantuan kemanusiaan

Dewan Rakyat: Israel tidak berhak sekat bantuan kemanusiaan untuk Palestin

ZAMBRY ABDUL KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rejim Israel tidak berhak menyekat segala bentuk saluran bantuan kemanusiaan dari negara luar kepada penduduk Palestin.

Sehubungan itu, Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa termasuk pertubuhan antarabangsa segera menyalurkan bantuan kemanusiaan seperti bekalan asas dan perubatan.

Katanya, Malaysia amat kecewa dengan tindakan berat sebelah dalam menangani isu konflik Israel dan Palestin.

“Tatkala pihak Barat sepantas kilat mengambil tindakan dan membantu Kiev dalam mempertahankan diri daripada pencerobohan Moscow, rakyat Palestin terus dipinggirkan tanpa sebarang pembelaan atau keadilan.

“Hal ini memang jelas menyimpang dengan prinsip kemanusiaan sejagat serta undang-undang antarabangsa.

“Kerajaan juga berbangga sewaktu satu dunia berganding bahu menghapuskan pemerintahan apartheid di Afrika Selatan, kenapa pula dasar apartheid rejim Israel dibiarkan terus bermaharajalela dan melanggar norma-norma kemanusiaan?” soalnya semasa sesi pertanyaan-pertanyaan menteri (MQT) dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Tan Hong Pin [PH-Bakri] mengenai langkah-langkah yang diambil kerajaan dalam membantu mangsa di Palestin berikutan sekatan oleh Israel terhadap bekalan keperluan asas seperti elektrik, makanan, air dan gas.

Dalam pada itu, Zambry berkata, Malaysia akan terus membantu Palestin dan sebagai permulaan, rakyat Malaysia yang mahu menyumbang boleh menyalurkan dana kepada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP).

“Sumbangan awal sebanyak RM1 juta daripada akaun itu akan disampaikan kepada Duta Besar Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN