Dewan Rakyat: Dakwa doakan kerajaan bertemu ajal, Ahli Parlimen

Dewan Rakyat: Dakwa doakan kerajaan bertemu ajal, Ahli Parlimen dikecam di Dewan Rakyat

Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh menimbulkan kekecohan apabila didakwa menyatakan kerajaan akan bertemu ajal ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat.

Katanya, kenyataan itu dibuat sebagai peringatan kepada apa yang berlaku pada kejatuhan pentadbiran kerajaan pada 2020.

“Susulan apa yang disebut Marang (Tan Sri Abdul Hadi Awang), satu peringatan pengajaran bahawa isu agama dan raja jangan dilanggar, keadilan ini tidak tertegak di negara kita.

“Jangan sampai rakyat sekali lagi membanjiri Kuala Lumpur sebagaimana perhimpunan ICERD yang boleh menjatuhkan kerajaan.

“Insya-Allah, kerajaan hari ini saya kira tidak lama usianya, kalau ini diteruskan, kerajaan ini akan bertemu ajalnya,” katanya.

Kenyataannya itu dibantah oleh Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer yang meminta beliau menarik balik kerana mengeluarkan sangkaan jahat seperti mengharapkan kerajaan menemui ajalnya, kerajaan membuat perkara melanggar raja-raja dan melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan permusuhan antara kaum.

“Dari tadi kita dengar, semua kenyataan-kenyataan boleh memecahbelahkan rakyat, sangkaan-sangkaan jahat. Speaker tekun dengar, kenyataan itu kenyataan membuat sangkaan jahat terhadap kerajaan, saya minta Yang Berhormat tidak mengulangi kenyataan itu.

“Mulanya bagus mengatakan negara kita mempunyai rakyat berbilang kaum, tetapi apabila beliau mengakhiri ucapan, kenyataan mendoakan kerajaan Pakatan Harapan untuk jatuh, kita tahu bila Yang Berhormat buat kenyataan itu. Adakah ini sifat seorang Yang Berhormat,” katanya.

Justeru, beliau mendakwa Nik Muhammad Zawawi mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan boleh menyebabkan perkara yang mencetuskan masalah beberapa kaum, menyatakan retorik seperti melanggar raja-raja dan mendoakan agar kerajaan menemui ajalnya.

“Come onlah Yang Berhormat. Kalau nak berbahas, bahaslah cara elok, saya minta Speaker membuat keputusan.

“Yang Berhormat Pasir Puteh merupakan seorang yang alim, pandai agama, seorang ustaz, bila dengar perbahasan memang elok, tapi bila penghabisannya bukanlah mencerminkan sifat seorang ustaz daripada Pas, kalau ada hujah-hujah boleh membantu kerajaan melaksanakan tugas, kita hormati dan terima, tapi janganlah menghentam tak tentu hala.

“Kalau sebut hutang Harakah belum bayar nanti Yang Berhormat marah,” katanya.

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee juga meminta Speaker membuat keputusan menggunakan peraturan mesyuarat 36 (7) bahawa raja-raja tidak boleh digunakan bagi mempengaruhi majlis mesyuarat.

“Tadi dengar secara jelas, Pasir Puteh kata raja-raja pun dilanggar kerajaan, itu mempengaruhi secara negatif, membuat andaian, membuat tuduhan liar terhadap kerajaan, maka, saya memohon keputusan tegas tidak digunakan lagi nama raja bagi mempengaruhi yang jelas dilakukan Pasir Puteh,” katanya.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd. Nor kemudian menujukan tiga soalan kepada Nik Muhammad Zawawi.

“Adakah Yang Berhormat dengan tulus hati berniat sangka jahat dengan sebelah sini (kerajaan)?” soal Ramli.

“Tidak, sama sekali tidak,” balas Ahli Parlimen dari Pas itu.

Soalan kedua, adakah Yang Berhormat menggunakan raja-raja sebagai platform untuk menyatakan dalam dewan ini untuk menyokong hujah-hujah?” soal Ramli.

“Juga tidak betul, saya sebut perkara lain,” kata Nik Muhammad Zawawi.

Soalan terakhir, adakah niat Yang Berhormat untuk sangkaan saja-saja nak melagakan perasaan sebelah sini (kerajaan)?” soal Ramli.

“Tidak, sekadar keikhlasan saya nak betulkan keadaan, sama-sama kita menghormati perkara ini, itu sahaja,” jawab Nik Muhammad Zawawi.

Hasil daripada soal jawab tersebut, Mohd. Ramli membuat keputusan untuk tidak memanjangkan isu tersebut, berpandukan kepada pengalamannya 18 tahun berkhidmat dengan mahkamah.

“Jelas kedua-dua pihak, menyatakan niat nawaitu apa yang nak dibangkitkan, saya zahirkan benda-benda yang dinyatakan tidak wujud, pasal ini direkodkan.

“Kalau di sini (pembangkang) kata ya seperti menggunakan platform tuanku Agong atau raja-raja, ramai dalam ini adalah peguam, pengamal undang-undang dan saya terikat memutuskan atas fakta dan faktanya jelas, itu sahaja, habis,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya