Che Alias belum diputuskan sebagai calon PRK Kemaman - Tuan Ibrahim - Utusan Malaysia

Che Alias belum diputuskan sebagai calon PRK Kemaman – Tuan Ibrahim

PRK Kemaman
TUAN Ibrahim Tuan Man ditemui pemberita dalam sidang akhbar pada Muktamar Tahunan Pas Ke-69 di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pas sekali lagi menjelaskan belum menentukan Che Alias Hamid sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman pada Disember nanti.

Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, majlis syura parti masih belum menerima senarai calon untuk disemak dan ditentukan, namun menjelaskan terdapat tiga nama akan dibawa ke peringkat tersebut.

“Parti belum buat keputusan atau berbincang secara spesifik, kita pun akan meneliti calon-calon dan dia pun salah seorang di antara yang tersenarai sebab mahkamah buat keputusan bahawa beliau boleh bertanding, masih layak.

“Cuma siapa nanti parti akan buat pengumuman. Buat masa ini kita belum terima nama. Proses dalam parti, kawasan akan hantar dua atau tiga nama kepada Pas Pusat sebelum pergi ke majlis syura, kita minta jawatankuasa itu semak dahulu kelayakannya.

“Kemudian mereka akan cadangkan calon mana yang lebih mudah menang, winnable candidate. Jadi waktu itu kita akan umum. Setakat ini Majlis Syura pun belum terima lagi,” katanya dalam sidang akhbar pada Muktamar Tahunan Pas Ke-69, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai calon PRK Kemaman yang diadakan selepas kemenangan Che Alias Hamid yang mewakili Pas dibatalkan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu.

Bagaimanapun, Che Alias dilaporkan mendakwa, beliau akan menjadi calon Perikatan Nasional (PN), namun menjelaskan penentuan itu bergantung kepada keputusan pimpinan di peringkat pusat.

Pada PRU15 lepas, Che Alias meraih majoriti 27,179 undi mengalahkan calon parti lain antaranya bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya