Bosan pegang watak hero, Aiman Hakim jadi penyondol - Utusan Malaysia

Bosan pegang watak hero, Aiman Hakim jadi penyondol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Aiman Hakim Ridza, 34, tidak lagi teruja membawakan watak hero sebaliknya memilih karakter di luar kebiasaan seperti watak seorang penyondol.

Kebanyakan naskah drama selalu membawakan watak penyondol yang dilakonkan oleh perempuan. Namun menerusi drama bersiri That Cover Girls, Aiman membawakan watak orang ketiga dalam perkahwinan sekali gus menunjukkan tidak hanya lelaki yang boleh berlaku curang, tetapi juga wanita.

“Saya sudah sangat bosan membawakan watak hero. Kebanyakkan karakter hero yang ditunjukkan kadangkala kita sendiri tidak percaya dengan watak itu. Tapi kita lakukan kerana ia sebahagian daripada pekerjaan.

“Lagi pula dengan membawakan karakter yang berbeza, saya dapat terokai cara saya berfikir dalam mendalami watak.

“Kalau ditanya tentang cabaran, semuanya sama sahaja seperti mana karakter yang lain sebelum ini,” jelasnya.

Aiman ditemui Utusan Malaysia di sidang media junket drama bersiri, That Cover Girl, semalam.

Bercerita mengenai penyondol, Aiman berpendapat ia tidak hanya terjadi dalam kalangan artis atau selebriti. Ia juga terjadi dalam kehidupan banyak orang menyebabkan naskah yang memaparkan kecurangan mudah meraih perhatian umum.

“Setiap orang ada situasi yang berbeza. Semua orang ada perjalanan hidup masing-masing yang kita tak boleh nak hakimi.

“Saya tidak mengiyakan untuk mana-mana lelaki menyondol isteri. Itu dengan jelas benda yang tidak baik tapi sekali lagi, ini adalah perjalanan hidup setiap orang.

“Orang mungkin rasa ia berlaku dalam kalangan selebriti kerana mereka terkenal. Tapi ia juga berlaku kepada orang biasa, sesiapa sahaja,” jelasnya.

Membawakan watak Darius, Aiman Hakim tampil menerusi sebuah drama bersiri enam episod bertajuk That Cover Girl mula ditayangkan menerusi Prime Video Malaysia bermula 19 Oktober ini.
Turut sama menjayakan drama itu ialah Siti Saleha, Hisyam Hamid dan Alicia Amin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN