KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) peroleh kebenaran mencabar tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita dua akaun parti berkenaan, April lalu. Dua akaun itu adalah akaun sama yang pernah dibekukan oleh SPRM sebelum ini semasa siasatan ke atas Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Terdahulu ketika membaca penghakiman ringkasnya, Hakim Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid menyatakan, permohonan yang dipohon parti berkenaan melalui Kapten (B) Datuk Muhammad Suhaimi…










