Bayi berusia setahun tertinggal dalam kereta maut  - Utusan Malaysia

Bayi berusia setahun tertinggal dalam kereta maut 

MAYAT nayi perempuan yang meninggal dunia di dalam kereta bapanya tiba di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang bayi perempuan berusia setahun meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kereta di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) di Kuala Nerus, dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, polis menerima maklumat daripada pusat kesihatan IPTA berkenaan memaklumkan seorang bayi perempuan telah meninggal dunia ketika dibawa ke pusat kesihatan itu pada pukul 4.30 petang.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas bapa bayi tersebut terlupa untuk menghantar anaknya itu ke pusat asuhan kanak-kanak universiti berkenaan pada sebelah pagi.

“Sebaik menerima maklumat daripada pusat kesihatan IPTA, pihak polis terus ke lokasi dan membawa mayat bayi itu untuk dibedah siasat di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah.

“Proses bedah siasat telah dibuat malam tadi dan kita juga dalam proses mengambil kenyataan ibu bapa mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau menambah, orang ramai diminta tidak membuat spekulasi yang boleh menganggu siasatan pihak polis dan menjejaskan emosi keluarga mangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya