Bantuan awal persekolahan disalur mulai Januari 2024 - Utusan Malaysia

Bantuan awal persekolahan disalur mulai Januari 2024

Bantuan awal persekolan
KPM percaya BAP dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan datang. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 5,254,200 orang murid pada tahun hadapan bakal menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mulai Januari depan yang akan disalurkan secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan berkata, bayaran BAP sebanyak RM150 kepada setiap murid secara one-off (sekali bayar).

“Kementerian percaya bantuan awal persekolahan dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa atau penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan datang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pelbagai pihak menyuarakan kebimbangan sesetengah pihak mengenai ketiadaan bantuan awal ini dalam pengumuman Belanjawan 2024.

Bagaimanapun, Belanjawan 2024 memperuntukkan sejumlah RM788,130,000 khusus untuk tujuan bantuan awal sebagaimana tahun sebelum ini yang diberikan kepada semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa, pada Januari tahun ini.

Jelas KPM, orang ramai dinasihatkan untuk merujuk laman web khas Belanjawan 2024 Malaysia Madani yang disediakan oleh Kementerian Kewangan bagi mendapatkan maklumat tepat mengenai Belanjawan 2024.

“Laman web ini boleh diakses menerusi pautan di pautan https://belanjawan.mof.gov.my/ms/,” ujarnya.

Pada Jumaat lalu, Belanjawan 2024 memperuntukkan sebanyak RM58.7 bilion kepada Kementerian Pendidikan, sekali gus mengekalkan pendidikan sebagai komponen utama yang menerima peruntukan tertinggi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya