Anwar perlu nyata apa ugutan, tekanan diterima -Fadhli Shaari

Anwar perlu nyata apa ugutan, tekanan diterima -Fadhli Shaari

PESERTA Himpunan Malaysia bersama Palestin menunaikan solat maghrib di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/ MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan apakah ugutan dan tekanan yang diterima ekoran pendirian Malaysia berhubung isu Palestin. 

Ketua Penerangan Pas, Fadhli Shaari berkata, saranan itu susulan laporan pendedahan Anwar ketika berucap dalam Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin, malam tadi. 

“Tidak dijelaskan apakah tekanan dan ugutan itu, apa yang penting jika tekanan itu dalam bentuk ekonomi, ia agak mendukacitakan kerana dalam keadaan Perdana Menteri sebelum ini pernah mengusulkan agar dirujuk perbuatan ganas rejim Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pun kita tidak dengar tentang ugutan ini, tiba-tiba hari ini ada pihak yang berani mengugut Perdana Menteri kita.

“Jika ugutan itu berbentuk ancaman keselamatan, maka, pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), khidmat risikan dan sebagainya perlu tingkatkan keselamatan kepada Perdana Menteri. 

“Kita tidak mahu Perdana Menteri yang kita sayang ini diugut dan ditekan kerana isu Palestin,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Malam tadi, Utusan Online melaporkan, Anwar di hadapan lebih 10,000 orang ramai mengakui menerima banyak ugutan dan teguran oleh negara-negara yang cenderung kepada Israel khususnya Amerika Syarikat (AS). 

Bagaimanapun, Perdana Menteri menegaskan, beliau tidak takut dengan ugutan pihak menyokong Israel ekoran kelantangannya memperjuangan rakyat Palestin. 

Kata Anwar, beliau akan terus mempertahankan Palestin selagi diberi mandat sebagai Perdana Menteri di samping menerima sokongan padu seluruh rakyat Malaysia.

Mengulas lanjut, Fadhli berkata, sekiranya tekanan yang dimaksudkan itu ialah ugutan keselamatan, maka tindakan segera kerajaan khususnya pihak keselamatan sangat dituntut.

“Kita sayang Perdana Menteri kita. Jika tiada tindakan serius untuk menangani isu ugutan ini, seolah-olah pihak keselamatan sendiri tidak percaya tentang adanya ugutan ini,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya