PERSOALAN sama ada Gelombang Hijau yang merujuk sokongan pengundi Melayu kepada Perikatan Nasional (PN) dan Pas sudah mara ke Pahang atau tidak, hanya akan terjawab pada malam keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai 7 Oktober ini. Meskipun PN menguasai 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu kebanyakannya di kawasan Felda yang majoriti pengundi Melayu, ia bersandarkan ukuran sokongan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada November…