Afnan Ketua Pemuda Pas, Hafez Timbalan - Utusan Malaysia

Afnan Ketua Pemuda Pas, Hafez Timbalan

Pemuda Pas
AFNAN Hamimi Taib Azamuddin bersama Ahmad Fadhli Shaari pada Muktamar Pemuda Pas Ke-64 sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-69 di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamuddin diumum menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda Pas bagi penggal 2023 – 2025 pada pemilihan dalam Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Pusat Ke-64, hari ini.

Sementara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Mohd. Hafez Sabri dipilih sebagai Timbalan Ketua Pemuda dan jawatan Naib Ketua Pemuda pemula disandang Muhammad Hanif Jamaluddin yang dahulu merupakan Setiausaha Pemuda.

Dr. Riduan Mohd. Noor dan Nor Azariza Mohd. Alawi masing-masing dipilih menjadi Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap Dewan Pemuda Pas.

Kesemua calon ini menang tanpa bertanding dan diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar PAS Datuk Dr Abdul Halim Tamuri sebelum perbahasan usul bermula pada muktamar tersebut.

Sementara itu, Afnan Hamimi, 42 ketika ditemui berkata, beliau tidak menjangkakan menjadi calon tunggal bagi jawatan nombor satu sayap parti itu.

Menurutnya, beliau difahamkan ada individu lain yang didakwa turut dicalonkan bagi merebut jawatan itu, namun tidak melepasi saringan yang dibuat oleh jawatankuasa parti disebabkan kurang mendapat sokongan daripada 120 bahagian Pas di seluruh negara.

“Kalau tak silap, saya dapat pencalonan daripada 108,109 bahagian. Itu yang buat saya menang tanpa bertanding hari ini. Insya-Allah, saya akan mendukung tanggungjawab sebagai Ketua Pemuda dengan sebaik mungkin,” ujarnya yang menjadi ahli Pas sejak tahun 1999. UTUSAN

 

Berikut senarai Jawatankuasa Kerja Pemuda Pas:

 

Pengerusi Tetap

Riduan Mohd. Noor

 

Timbalan Pengerusi Tetap

Nor Azariza Mohd. Alawi

 

Ketua Pemuda

Afnan Hamimi Taib Azamuddin

 

Timbalan Ketua Pemuda

Mohd. Hafez Sabri

 

Naib Ketua Pemuda

Muhammad Hanif Jamaluddin

 

Pemeriksa Kira-Kira

Mohd. Ali Rajaie

Mohd. Shahir Abu Hassan

 

Ahli Jawatankuasa Kerja:

  1. Khairul Nadzir Helmi Azhar
  2. Abdul Malik Ab Razak
  3. Wan Abu Bakar Wan Mahussin
  4. Yusof Abdul Hadi
  5. Muhd Khidhir Izaidin
  6. Muhammad Nazrul Hakim Md Nazir
  7. Mohd Harun Esa
  8. Muhammad Faizzudin Mohd Zai
  9. Mohd Aizat Zakaria
  10. Muhammad Abdul Malik Abdul Karim
  11. Hendri Hamsah
  12. Muhammad Afiq Farhan Mazian
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya