Kapal bekalan Panama ditahan berlabuh tanpa kebenaran - Utusan Malaysia

Kapal bekalan Panama ditahan berlabuh tanpa kebenaran

KAPAL bekalan yang berdaftar di Panama ditahan Maritim Malaysia setelah didapati bersauh tanpa kebenaran di perairan  Kuala Kemaman, Terengganu.  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Sebuah kapal bekalan yang berdaftar di Panama ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia selepas dikesan bersauh tanpa kebenaran pada Jumaat.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd. Rashid berkata, kapal tersebut ditahan  di sekitar 2.5 batu nautika dari Kuala Kemaman kira-kira pukul 4.45 petang.

Menurutnya, ketika pemeriksaan dilakukan, tiada sebarang dokumen kebenaran bersauh dikemukakan kru kapal berkenaan.

“Kapal yang berdaftar di Panama itu dikendalikan 20 orang kru, manakala nahkoda kapal tersebut merupakan warganegara Mexico dan selebihnya warga tempatan yang berumur sekitar 20 hingga 52 tahun dan mempunyai pengenalan diri yang sah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Rashidilhadi berkata, nahkhoda dan ketua jurutera kapal telah dibawa ke pejabat Zon Maritim Kemaman untuk diambil keterangan.

“Kes akan disiasat dibawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut Malaysia,” katanya.

Tegas Rashidilhadi, pihaknya akan mempertingkatkan lagi rondaan dan kawalan bagi memastikan perairan negara sentiasa selamat dan komuniti maritim juga digesa supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan mengutamakan keselamatan apabila berada di laut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya