6 lelaki berperwatakan wanita antara 91 GRO ditahan

Enam lelaki berperwatakan wanita antara 91 GRO ditahan

RUSDI MOHD. ISA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lelaki yang berperwatakan wanita antara 91 pelayan pelanggan (GRO) yang ditahan dalam serbuan Op Noda di sebuah pusat hiburan di Taman Tampoi Indah, Johor Bahru, Johor pada 12 Oktober lalu. 

Serbuan pukul 12.44 tengah malam itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian D7 (Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism) JSJ Bukit Aman.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman (Siasatan dan Perundangan) Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, sebanyak 99 individu membabitkan 82 wanita warga Thailand, dua wanita Laos serta seorang wanita Vietnam berusia antara 19 hingga 51 tahun bekerja sebagai GRO. 

Kata beliau, enam lelaki warga Thailand yang juga ‘pondan’ berperanan sebagai GRO dalam serbuan berkenaan. 

“Selain itu, kami menahan tiga lelaki tempatan yang bekerja sebagai pengurus, pembantu pengurus serta juruwang dan lima lelaki warga Bangladesh berperanan sebagai pelayan berusia antara 21 tahun hingga 45 tahun,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini. 

Yang hadir sama Ketua Penolong Pengarah D7 (Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism) JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak dan Ketua Penolong Pengarah D3 (Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) JSJ Bukit Aman,Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus. 

Rusdi berkata, pihaknya turut melakukan pemeriksaan terhadap 69 pelanggan menbabitkan 48 lelaki tempatan, lapan lelaki warga Singapura, lima lelaki warga Thailand, dua lelaki warga China dan dua wanita tempatan serta dua wanita Singapura. 

“Pusat hiburan ini terletak di kawasan rumah tingkat empat tingkat yang beroperasi bermula pukul 8 malam hingga 4 pagi setiap hari. 

“Premis ini menjalankan perniagaan berkonsepkan pusat hiburan, kugiran serta kalungan bunga,” jelasnya. 

Tambah beliau, terdapat dua bilik karaoke di bahagian atas yang dikenakan bayaran sebanyak RM3,000 bagi setiap bilik. 

“Malah, pusat hiburan itu turut menyediakan perkhidmatan GRO dengan bayaran bagi satu setiap kalungan bunga bermula pada harga RM100 hingga RM30,000,” jelasnya.

Beliau berkata, semakan dilakukan mendapati semua GRO berkenaan tidak mempunyai sebarang permit kerja yang sah. 

“Fokus operasi ini adalah bagi membendung kegiatan aktiviti haram seperti menggajikan wanita warga asing yang bekerja sebagai GRO. 

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(1)(C) akta sama, Peraturan 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Johor (ENJ) 4/98,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya