Yusry, Lisa pilih keluarga, elak kerja lebih 12 jam - Utusan Malaysia

Yusry, Lisa pilih keluarga, elak kerja lebih 12 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah dan pelakon, Datuk Yusry Abdul Halim menegaskan tidak pernah menghalang keinginan isterinya, Lisa Surihani kembali ke dunia lakonan.

Jelas Yusry, Lisa berhak membuat keputusan dan menetapkan sendiri kemahuannya itu tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

“Sebagai ibu, dia kalau boleh nak kembali aktif (berlakon) selepas anak-anak membesar. Tambahan pula anak bongsu kami sekarang berusia dua tahun dan masih perlu bermanja dengan ibunya.

“Yang penting dia tidak pernah mengatakan mahu berhenti berlakon. Cuma adalah dia meletakkan syarat hanya boleh jalani penggambaran maksimum 12 jam kerana mahu lebihkan masa untuk keluarga,” katanya.

Dalam masa yang sama, Yusry turut memaklumkan seperti isterinya, dia juga memilih untuk bekerja dalam tempoh sama bagi membolehkan beliau meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga.

“Saya juga ada masa ketika melakukan kerja pengarahan, memilih untuk kerja 12 jam. Tidak dinafikan, atas sebab tertentu, saya terpaksa juga kerja lebih masa.

“Namun selalunya memang tidak lebih 12 jam dalam satu hari,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN