Yusri tuntut aksi lebih baik di laman sendiri - Utusan Malaysia

Yusri tuntut aksi lebih baik di laman sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sabah masih pasukan terbaik dalam liga dari segi kemampuannya disegenap segi berbanding Perak FC.

Begitupun Ketua Jurulatih Perak FC, Yusri Cik Lah berharap anak buahnya tidak terlalu menghormati lawan apabila kedua-dua pasukan turun membuat perhitungan dalam perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Perak di sini, malam esok.

“Memang Sabah lebih baik di setiap segi tetapi keputusan seri 2-2 pada pusingan pertama di Kota Kinabalu adalah bukti kami juga mampu mendapatkan sesuatu yang positif.

“Jadi saya harap pemain Perak meningkatkan usaha malam esok untuk mencapai kejayaan.

“Dengan sokongan padu penyokong InsyaAllah kami mampu mencapai kejayaan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Yusri, Perak berusaha memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam perlawanan terdahulu dan berharap pemain berada dalam keadaan seratus peratus bersedia.

Mengenai persembahan Perak pada pertemuan pertama sebelum ini, Yusri mengakui tidak berpuas hati sepenuhnya terutama ketika bertahan.

“Memang ia bukan yang terbaik daripada kami. Walau bagaimanapun dari segi keputusan saya berpuas hati kami berjaya mengikat skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu.

“Ini kerana kami tumpas kepada Sabah dalam pertemuan liga di tempat yang sama,” katanya.

Yusri setakat ini masih belum dapat memastikan barisan pemain yang akan diturunkan malam esok.

“Tetapi yang pasti saya akan memilih pemain yang saya rasa dapat memberikan cabaran yang terbaik untuk Perak FC,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya