Tun M sifatkan negeri bawah PAS ada potensi dibangunkan

Tun M sifatkan negeri bawah PAS ada potensi dibangunkan

KHAIRUDDIN ABU HASSAN (kiri) bersama Tun. Dr Mahathir Mohamad (tengah) dan Abdul HAdi Awang bersama pemimpin Pas lain ketika mengadakan kunjungan hormat terhadap bekas Perdana Menteri di kediamannya di Seri Kembangan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berpandangan, negeri-negeri di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri PAS mempunyai  pelbagai potensi untuk dibangunkan setaraf dengan negeri-negeri yang maju di sebelah Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Perkara itu dikongsikan Pengerusi Mobilisasi Proklamasi Orang Melayu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dalam satu kenyataan. 

Menurut beliau, perkara itu susulan kunjungan hormat Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang ; Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan serta empat menteri besar yang mentadbir Kerajaan Negeri PAS,  termasuklah antaranya  Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor (Kedah), Datuk Ahmad Samsuri Mokhtar (Terengganu) dan Mohd Shukri Ramli (Perlis).

“Pelbagai topik perbincangan telah dibincangkan khususnya mengenai perancangan pembangunan ekonomi di negeri-negeri di bawah pemerintahan PAS.

“Perjumpaan selama sejam setengah itu berjalan dalam suasana yang amat mesra disusuli dengan hidangan minum petang bersama Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN