Tukang rumah dituduh curi duit tabung masjid - Utusan Malaysia

Tukang rumah dituduh curi duit tabung masjid

SUHAIDI  Abdul Hamid (tengah) yang dituduh mencuri duit daripada tabung masjid dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang tukang rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencuri duit daripada tabung sebuah masjid di daerah ini, Jun lalu.

Tertuduh, Suhaidi Abdul Hamid, 46, mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.

Berdasarkan pertuduhan, suspek didakwa mencuri tabung sebuah masjid dan didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK).

Perbuatan itu disedari bendahari masjid yang mendapati kesan gam pada dua buah tabung masjid sebelum memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) kira-kira pukul 9.15 malam pada 27 Jun lalu.

Rakaman itu menunjukkan suspek mencuri duit tabung dan melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal sebelum dicekup pihak polis di ruang legar sebuah pasaraya di Kuala Nerus, 3 Julai lalu.

Ujian air kencing terhadap suspek turut menunjukkan suspek positif bahan terlarang.

Jika sabit kesalahan, Suhaidi boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan juga denda bagi kesalahan pertama.

Mahkamah kemudian menetapkan 26 September sebagai tarikh jatuh hukuman.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Khairi Mohamed Noor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya