Tindakan Syed Saddiq kurangkan rasa hormat rakyat terhadap Muda - Utusan Malaysia

Tindakan Syed Saddiq kurangkan rasa hormat rakyat terhadap Muda

NAZARUDIN ZAINUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Tindakan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan secara rasmi menarik diri sebagai penyokong Kerajaan Perpaduan dan memilih menjadi pembangkang kuasa ketiga dalam Dewan Rakyat akan mengurangkan rasa hormat rakyat kepada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

Pensyarah Bahagian Sejarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Nazarudin Zainun berkata, ini kerana tindakan Syed Saddiq itu dilihat lebih kepada untuk mencari publisiti berdasarkan komen-komen Presiden Muda berkenaan.

”Tindakan Muda yang seperti ‘chips more’ ini mengurangkan rasa hormat masyarakat kerana nampak lebih kepada untuk mencari publisiti.

”Sedangkan dalam masa sama, rakyat mengharapkan kerajaan yang stabil dan berkekalan sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya berikutnya, tanpa membuang masa dan membazirkan wang rakyat,” katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Syed Saddiq yang secara rasmi menarik diri sebagai penyokong Kerajaan Perpaduan berkuat kuasa serta-merta dan memilih menjadi pembangkang kuasa ketiga dalam Dewan Rakyat.

Syed Saddiq berkata, beliau sudah memaklumkan pendiriannya itu kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Johari Abdul melalui surat rasmi memohon pertimbangan berbuat demikian di bawah Peraturan Mesyuarat 2(2) Peraturan-Peraturan Majlis Dewan Rakyat.

Menurut Nazarudin, parti Muda sebelum ini berada bersama kerajaan dan Syed Saddiq boleh mempersoalkan serta menyatakan protes hal-hal berkaitan kerajaan secara dalaman.

Dalam pada itu, katanya, memandangkan parti Muda bukan parti politik yang berpengaruh pada masa ini, maka keputusan Syed Saddiq disifatkan langsung tidak akan menjejaskan sokongan rakyat kepada kerajaan.

”Berdasarkan keputusan Pilihan Raya Negeri di enam negeri baru-baru ini, calon parti Muda kalah teruk apabila hilang deposit.

”Maka, penarikan parti Muda dari menyokong Kerajaan Perpaduan tidak meninggalkan riak dalam lautan, jauh sekali menjadi gelombang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya