Tindakan mahkamah DNAA kes Zahid dipersoal

Tindakan mahkamah DNAA kes Zahid dipersoal

PESERTA Himpunan Selamatkan Malaysia berarak dari Kampung Bharu sehingga ke Pusat Beli-Belah Sogo. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tindakan mahkamah membuat keputusan untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA), Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan dipersoalkan pelbagai pihak.

Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, masalah paling besar dihadapi adalah Peguam Negara semasa Ahmad Zahid mula didakwa pada 2018 bertukar kepada Tan Sri Idrus Harun dan tidak digantikan semasa Perdana Menteri kesembilan.

Menurutnya, walaupun Peguam Negara sama dilanjutkan kontrak selama enam bulan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiba tiba sahaja kes pendakwaan Ahmad Zahid yang dipanggil membela diri dikatakan cukup ramuan dan sedang membela diri.

“Tiba-tiba disyorkan oleh pihak pendakwaan untuk melakukan dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pada kes.

“Ini yang menjadi tanda persoalan amat besar…yang lebih  merisaukan kita semua di sini dan  ramai rakyat malaysia juga apabila baru-baru ini Perdana Menteri menyatakan ada sebab sebab kuat kenapa DNAA itu disyorkan dalam kes  zahid  oleh pihak pendakwa raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas bersama Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi, di sini, hari ini.

Terdahulu, lebih 1,000 penyokong Himpunan Aman Selamatkan Malaysia  hadir di hadapan pusat beli belah Sogo dan mendengar ucapan beberapa pemimpin politik termasuk Ratu Naga dan Chegubard. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN