Tiga rakan dituduh bunuh Darvnrajh - Utusan Malaysia

Tiga rakan dituduh bunuh Darvnrajh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Gajah, hari ini atas pertuduhan membunuh rakan mereka, dua minggu lalu.

Bagaimanapun, tertuduh A.A. Dinesh, R.C. Veeraganeish dan V. Sasikumar masing-masing berusia 25 tahun hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nurul Bahiyah Kamaluddin.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kesemua tertuduh mencapai niat bersama telah melakukan bunuh hingga menyebabkan kematian terhadap R. Darvnrajh, 24 tahun.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, pembunuhan kejam Darvnrajh bermotifkan dendam angkara bermain mercun pada sambutan Deepavali, tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN