Pelakon dan model, Yuki Kato ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mempromosikan kegiatan judi online di negara itu.
Perkara itu disahkan pemangku pengarah bahagian jenayah siber, Adi Vivit kepada media tempatan, baru-baru ini.
“Kami mengesahkan Yuki telah disoal siasat kerana dipercayai terlibat mempromosikan sebuah laman sesawang judi online.
“Siasatan dibuat pada Sabtu lepas,” katanya.
Yuki merupakan beberapa selebriti Indonesia yang disoal siasat selain pelakon, Wulan Guritno yang turut dipercayai terbabit mempromosikan kegiatan tersebut.
Yuki yang sebelum ini pernah membintangi filem This Is Cinta telah disiasat selama empat jam berhubung jenayah itu.
“Beberapa pertanyaan, 23 soalan kesemuanya diajukan terhadapnya sepanjang siasatan selama empat jam dilakukan,” kongsi Adi lagi.