PETALING JAYA : Usaha pemodenan industri perikanan kini semakin dipergiatkan apabila pelbagai agensi bergabung tenaga membangunkan aplikasi FSI yang bertujuan membantu nelayan mencari lokasi ikan di laut menggunakan teknologi canggih.
FSI atau nama penuhnya Fishing Site Identification dibangunkan dengan kerjasama jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat bagi memudahkan kumpulan sasar dalam pencarian lokasi operasi penangkapan ikan, khususnya bagi sumber ikan pelagik.
Penggunaan aplikasi ini sedikit sebanyak dapat membantu nelayan nelayan yang memfokuskan ikan pelagik dari segi mengurus pelaksanaan operasi penangkapan ikan dengan lebih efektif dan menjimatkan kos.
Pembangunan aplikasi ini adalah selari dengan hala tuju (wayforward) ketiga dalam Pelan Pembangunan Perikanan Negara (2021-2030) iaitu penerapan teknologi moden dalam subsektor perikanan.
Objektif tersebut dapat dicapai menerusi penerimaan oleh kumpulan sasar. Bagi memastikan dasar dan pelan ini dapat dilaksanakan dengan cemerlang, Jabatan Perikanan terus komited memainkan peranan dengan lebih baik.

Baru-baru ini Jabatan Perikanan menganjurkan Program Lonjakan Aplikasi FSI Tahun 2023 Dan Program Libat Urus bersama myKomuniti, myAp, pengusaha bimbingan, Ketua Jaringan Perikanan dan kakitangan Jabatan Perikanan Wilayah Persekutuan Labuan.
Tujuan penganjuran program-program tersebut adalah bagi memfokuskan kepada keharmonian masyarakat majmuk, pembangunan mampan dan tadbir urus yang baik selaras dengan seruan Malaysia Madani.
Program Lonjakan Aplikasi FSI ini merupakan inisiatif gabungan daripada Agensi Angkasa Malaysia (MySA) bersama Jabatan Perikanan , Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) bagi kawasan Perairan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dalam memacu pertumbuhan sektor perikanan di Malaysia.Program Lonjakan Aplikasi FSI ini merupakan program yang julung-julung kali diadakan di Wilayah Persekutuan Labuan melibatkan sebanyak 20 orang peserta daripada kumpulan sasar sektor perikanan.
Dalam Program Libat Urus pula diwakili oleh 8 orang peserta dari MYAP, MYKP TUNA dan Akuakultur. Justeru itu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua hadirin yang sudi meluangkan masa menghadiri program ini.
Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain berkata program lonjakan aplikasi FSI ini merupakan program julung kali diadakan di Wilayah Persekutuan Labuan melibatkan sebanyak 20 peserta daripada kumpulan sasar sektor perikanan.
Dalam program libat urus pula diwakili oleh lapan orang peserta dari MYAP, MYKP tuna dan akuakultur.
Kata beliau, aplikasi tersebut bertujuan membantu memudahkan kumpulan sasar dalam pencarian lokasi operasi penangkapan ikan, khususnya bagi sumber ikan pelagik.
“Saya yakin, melalui penggunaan aplikasi ini, terutamanya bagi para nelayan yang memfokuskan ikan pelagik dapat mengurus pelaksanaan operasi penangkapan ikan dengan lebih efektif dan menjimatkan kos.
“Pembangunan aplikasi ini adalah selari dengan hala tuju ketiga dalam Pelan Pembangunan Perikanan Negara (2021-2030) iaitu penerapan teknologi moden dalam sub-sektor perikanan. Lantaran itu, salah satu objektif di dalam Pelan Pembangunan Perikanan Negara (2021-2030) dapat dicapai melalui penggunaan aplikasi ini oleh kumpulan sasar,” ujarnya.
Sementara itu menurut Ketua Projek Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Bahagian Sarawak dan Labuan Jamel Musel, aplikasi tersebut percuma hanya untuk vesel yang berdaftar lesen dengan Jabatan Perikanan.
“ (Penggunaannya) berjalan lancar, kebanyakan vesel pukat jerut yang berdaftar telah guna aplikasi FSI ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah MySA Azlikamil Napiah berkata aplikasi tersebut sesuai dimanfaatkan untuk nelayan laut dalam dan telah masukkan dengan maklumat cuaca & lautan untujk persediaan sebelum nelayan turun ke laut.

“Ada juga beberapa permintaan baharu daripada nelayan, seperti masalah red tide dan telah ditambah baik dengan untuk nelayan pinggir pantai dengan pembangunan e-smart,” ujarnya.-UTUSAN










