Aidil mahu ‘rampas’ Piala Malaysia

Aidil mahu ‘rampas’ Piala Malaysia

PASUKAN Kuching City meraikan kejayaan mereka mara ke final Piala Malaysia 2026.-IHSAN KUCHING CITY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemaraan Kuching City FC ke final Piala Malaysia musim ini menjadi peluang terbaik buat jurulatihnya, Aidil Sharin Sahak untuk menebus kekecewaan tujuh tahun lalu ketika bersama Kedah.

Pada musim tersebut, Aidil yang membimbing Kedah Darul Aman FC terpaksa akur apabila tumpas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas final, satu episod yang masih segar dalam ingatannya sehingga ke hari ini.

Kini, dengan sekali lagi berdepan JDT di final, Aidil tanpa berselindung memberitahu dia akan melakukan sedaya yang mungkin untuk membawa Kuching City melakar sejarah baharu dan merangkul trofi berprestij itu.

“Ya. Final adalah final. Semua jurulatih mempunyai impian besar untuk menang dan menjadi juara. Sebagai jurulatih asing, kita harus menunjukkan yang kita lebih baik daripada yang lain.

“Ini adalah sebuah sejarah yang kami buat. Ini adalah kejayaan bagi saya dan juga (final) Piala Malaysia kedua. Kali terakhir saya berada di Kedah dan sekarang berada di Kuching. Jadi, saya tidak akan berhenti di sini.

“Namun, kami akan bertemu pasukan besar, JDT. saya berharap agar semua orang menikmati bola sepak hari ini (kelmarin) dan bawa ke Bukit Jalil supaya mereka dapat saksikan dua pasukan hebat di final,” katanya.

Kuching City mara ke final selepas menundukkan Selangor FC 1-0 dalam aksi kedua separuh akhir kejohanan di Stadium Negeri, kelmarin sekali gus mencatat kemenangan agregat 2-1.

Aidil turut berkata, aksi final kali ini amat penting buat pasukannya apabila dia sendiri dapat menyaksikan perubahan ketara dalam kalangan penyokong untuk memberi sokongan kepada Kuching City.

“Maaf saya katakan, ketika saya datang ke sini dua tahun lalu, penyokong yang hadir hanya sekitar 100 hingga 200 orang. Sekarang, anda dapat saksikan stadium sudah penuh. Semuanya kerana persembahan pemain. Mereka bekerja keras,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN