Suspek bunuh kanak-kanak di Lahad Datu ditangkap

Suspek bunuh kanak-kanak di Lahad Datu ditangkap

SUSPEK kes bunuh kanak-kanak di Ladang Felda Sahabat 30, Lahad Datu berjaya diberkas semalam-Ihsan PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHAD DATU: Lelaki warga Indonesia dikenali sebagai Paulus Poka Lolo yang disyaki sebagai suspek kes pembunuhan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di perumahan pekerja di Ladang Felda Sahabat 30, berjaya diberkas semalam.

Suspek berusia 33 tahun itu berjaya ditahan dengan bantuan sepasukan Polis Bantuan Felda kira-kira pukul 7 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad berkata, semasa Polis Bantuan Felda mengadakan rondaan, mereka berjaya mengesan suspek yang dikehendaki di dalam kawasan FGV PM Sahabat 41.

Seterusnya, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu telah menangkap suspek dan menjalankan sial siasat sehingga suspek mendedahkan lokasi senjata yang digunakan dalam kejadian berkenaan dengan bantuan anjing pengesan daripada Unik K9 IPD Lahad Datu.

“Susulan pendedahan itu, polis menemukan dan merampas sebilah parang berukuran 23 inci di sebuah kawasan Semak tepi jalan di FGV PM Sahabat 41.

“Suspek akan dibawa ke mahkamah hari ini bagi permohonan reman untuk melengkapkan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Suspek dipercayai bertindak melarikan diri selepas membunuh seorang kanak-kanak warga Indonesia berusia 11 tahun yang ditinggalkan bersamanya oleh ibu bapa mangsa yang keluar bekerja pada Sabtu.

Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan tetakan akibat objek tajam yang dipercayai parang pada bahagian belakang kepala, pada dua bahagian hadapan dan belakang leher serta putus tapak tangan kiri.

Rohan berkata, dengan tertangkapkan suspek dan rampasan senjata yang digunakan dalam kes pembunuhan ini, kes dianggap selesai. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya