KUALA LUMPUR: Kerajaan menambah jumlah siling perbelanjaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) sebanyak RM15 billion dan menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan kepada RM415 bilion bagi keperluan membiayai bidang keutamaan rakyat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, malah langkah itu bertujuan memperbaiki mutu pengurusan dan menyasarkan semula subsidi bagi menampung keperluan asas rakyat.
“RMK12 akan dijajarkan semula dengan visi Ekonomi Madani yang menyasarkan pemerkasaan dan merancakkan ekonomi negara untuk tempoh 10 tahun.
“Justeru, kerajaan komited untuk membelanjakan sekurang-kurangnya RM90 bilion setahun bagi tahun 2023 hingga 2025,” katanya ketika pembentangan Kajian Separuh Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMKe-12) di Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN










