Tujuh pusat satelit MyBIM bakal beroperasi

Tujuh pusat satelit MyBIM bakal beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak tujuh lagi pusat satelit MyBIM akan beroperasi di seluruh negara dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pusat berkenaan terletak di Ipoh (Perak), Kulim (Kedah), Pasir Mas (Kelantan), Gambang (Pahang), Ayer Keroh (Melaka), Perlis dan Terengganu.

Katanya, perkembangan itu sekali gus akan memudahkan para kontraktor, perunding, ahli akademik dan pelajar meningkatkan pengetahuan serta kemahiran tentang Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM).

“Inisiatif ini adalah di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia.

“Sebanyak 10 hingga 20 komputer akan ditempatkan di lokasi tersebut bagi digunakan golongan sasar pada kadar sewaan yang murah berbanding jika dibeli sendiri,” katanya selepas merasmikan Persidangan Belia CIDB-CIOB Malaysia 2025 di Pusat Konvensyen CIDB, di sini hari ini.

Ketika ini, pusat sama sudah dibuka di Kedah, Johor, Wilayah Tengah, Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah).

Sementara itu, Ahmad menyeru golongan muda supaya menguasai ilmu pendigitalan dalam industri pembinaan.

Ia termasuk common data environment (CDE) dan teknologi pintar seperti kecerdasan buatan (AI), internet pelbagai benda (IoT), digital twins dan automation robotic.

“Sekiranya generasi muda industri pembinaan bermula dengan BIM dan menjadikannya sebagai satu keperluan, maka landskap industri pembinaan pastinya akan mengalami satu transformasi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN