Saya mahu lihat Syed Saddiq ikhlas atau tidak

Saya mahu lihat Syed Saddiq ikhlas atau tidak – Taufiq 

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keikhlasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan terbukti jika menyokong sebarang usul kerajaan atau pindaan Perlembagaan Persekutuan di Dewan Rakyat, kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr. Mohammed Taufiq Johari.

Ini selepas tindakan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu menarik sokongannya terhadap Kerajaan Perpaduan sebagai bantahan selepas mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. 

Sehubungan itu, Mohammed Taufiq yang juga Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Kedah berkata, keputusan menarik sokongan itu sehingga mengakibatkan kerajaan hilangan sokongan majoriti dua pertiga tidak memberi kesan langsung terhadap kerajaan Persekutuan. 

“Kalau pun hilang majoriti dua pertiga, saya mahu melihat bagaimana parti Muda yang diwakili Syed Saddiq, katakanlah kerajaan mahu meminda sebarang pindaan undang-undang, yang perlu melibatkan dua pertiga majoriti, adakah beliau akan tetap sokong atau tidak walaupun pindaan tersebut ini beri kebaikan kepada rakyat? 

“Jika beliau tidak akan sokong, jadi dari situ kita (semua pihak) boleh nampak keikhlasannya untuk menyokong sesuatu pindaan,” katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen di sini, petang semalam. 

Pada Ahad minggu lalu, Muda mengumumkan keputusan untuk keluar daripada Kerajaan Perpaduan dan menyertai blok pembangkang sebagai kuasa ketiga.

Ia sebagai tanda bantahan terhadap keputusan mahkamah yang melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya