Sasar pendapatan kolektif RM4,500 sebulan pekebun getah

Sasar pendapatan kolektif RM4,500 sebulan pekebun getah

ROSLINA Arshad menerima Anugerah Khas Usahawan Wanita Johor 2023 disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersempena dengan Karnival Usahawan Wanita di MRSM Batu Pahat, Johor. - UTUSAN/ADNAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) mensasarkan semua pekebun kecil di bawah kelolaannya mampu memperolehi pendapatan kolektif bulanan RM4,500 sebulan bagi sebuah keluarga, menjelang akhir 2025.

Pengerusi RISDA, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, sehingga Ogos 2023, Program Aktiviti Ekonomi Usahawan (AET) berjaya melahirkan 1,746 usahawan baharu daripada 2,500 individu disasarkan

Katanya, tahun ini RISDA mensasarkan seramai 4,500 usahawan sedia ada menerima bantuan disediakan.

“Maklumat terkini menunjukkan seramai 6,471 pekebun kecil di bawah kelolaan RISDA telah mencapai atau melebihi pendapatan RM2,500 sebulan daripada keseluruhan 15,183 orang usahawan di bawah bimbingan RISDA.

“Secara keseluruhannya, RISDA berjaya membimbing usahawan pekebun kecil melalui pelbagai program keusahawanan melibatkan seramai 29,319 orang dengan nilai peruntukan berjumlah RM321.9 juta,” katanya dalam ucapannya semasa Karnival Usahawan Wanita di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Batu Pahat di sini, semalam.

Pengusaha ternakan dan daging arnab sejuk beku, Roslina Arshad, 50, menerima Anugerah Khas Usahawan Wanita Johor 2023.

Tambah Noraini, setakat hari ini seramai 1,622 usahawan wanita berjaya dilahirkan RISDA daripada keseluruhan 11,748 orang di negara ini.

“Pendapatan usahawan pekebun kecil RISDA di Johor mencatatkan 131 usahawan baharu berjaya dilahirkan, manakala 1,145 usahawan bimbingan RISDA sedia ada menerima bantuan yang disediakan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya