Reman tujuh suspek kes culik, bunuh rakan disambung 7 hari 

Reman tujuh suspek kes culik, bunuh rakan disambung 7 hari 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis melanjutkan tempoh tahanan reman tujuh suspek termasuk seorang wanita yang ditahan bagi membantu siasatan penemuan mayat lelaki dalam kereta di Batu 14, Puchong, di sini pada 6 September lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, tujuh suspek masih dalam tahanan reman sehingga Rabu depan.

 “Kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam masa terdekat bagi mendapatkan arahan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 11 September lalu, tujuh individu ditahan termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan penemuan mayat lelaki dalam kereta di Batu 14, Puchong, Subang Jaya, 6 September lalu.

Wan Azlan dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati, motif seorang lelaki dilarikan sebelum mayatnya ditemukan dipercayai berpunca dituduh mencuri barang milik suspek.

Media sebelum ini melaporkan bau busuk dalam sebuah kereta di Batu 14, Puchong, di sini pada 6 September lalu, merungkai penemuan mayat seorang lelaki tempatan dipercayai dibunuh kenalannya.

Mangsa yang juga seorang penganggur dipercayai dilarikan sekumpulan lelaki di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, Kuala Lumpur. – UTUSAN

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN