Ramanan serlahkan semula MITRA, tubuh pusat sehenti

Ramanan serlahkan semula MITRA, tubuh pusat sehenti di seluruh negara

DR. G. GUNARAJ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pemimpin PKR mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) di seluruh negara.

Ketua PKR Cabang Kota Raja, Dr. G. Gunaraj berkata, pusat sehenti itu akan berfungsi sebagai hab menyaksikan individu daripada masyarakat India boleh mendapatkan bantuan dan bimbingan mengenai pelbagai inisiatif yang ditawarkan.

“Saya berharap Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempertimbang cadangan ini dan memperuntukkan sumber yang mencukupi untuk menyokong inisiatif ini.

“Saya percaya banyak lagi yang boleh dilakukan untuk memperkasa dan memartabatkan masyarakat India di Malaysia,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa itu dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Mitra memaklumkan membelanjakan kesemua dana RM100 juta sebagaimana diperuntukkan kerajaan dalam Belanjawan 2023.

Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khasnya, Datuk R. Ramanan berkata, pencapaian itu dilihat baik berbanding tahun sebelum ini apabila Mitra hanya berjaya menghabiskan 63 peratus daripada keseluruhan RM100 juta yang diperuntukan kerajaan ketika itu.

Katanya, pada 2016 cuma 35 peratus dibelanjakan; 57 peratus (2017); satu peratus (2018); 58 peratus (2019) diikuti 63 peratus (2020), 73 peratus (2021) dan 63 peratus pada tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN