Raja Perlis terima mengadap Ketua Setiausaha Motac - Utusan Malaysia

Raja Perlis terima mengadap Ketua Setiausaha Motac

TUANKU Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat menerima sembah mengadap hormat oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Roslan Abdul Rahman di Kangar, Perlis semalam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat menerima sembah mengadap hormat oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Roslan Abdul Rahman di sini, semalam.

Berangkat sama, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan anakanda sulung baginda, Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail.

Mengiringi beliau ialah Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Ainu Sham Ramli.

Roslan mempersembah maklumkan kepada baginda bahawa Motac melalui Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia sedang menganjurkan Festival Kraf Utara (FKU) 2023 bermula 22 September hingga 1 Oktober di pekarangan pejabat Kraftangan Malaysia cawangan Perlis, di Batu 5 Jalan Kuala Perlis.

Menurut beliau, Festival Kraf Utara 2023 itu merupakan penganjuran julung kali diadakan di Perlis yang juga melibatkan penyertaan Kraftangan Malaysia cawangan Kedah, Langkawi, Pulau Pinang dan juga Perak.

Tujuan FKU 2023 diadakan untuk mempromosi dan mengkomersialkan produk kraf tempatan kepada penduduk setempat dan pelancong.

Dengan bertemakan ‘Ini Kraf Malaysia’, FKU 2023 menampilkan kepelbagaian produk kraf Malaysia yang terdapat di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak untuk menyuntik pengetahuan, kesedaran dan kecintaan masyarakat terhadap produk kraf Malaysia selari dengan konsep FKU 2023 iaitu ‘Membudayakan Seni Kraf Malaysia’ dalam kehidupan masyarakat seharian.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya