Raja Perlis terima mengadap Ketua Polis Negara - Utusan Malaysia

Raja Perlis terima mengadap Ketua Polis Negara

TUANKU Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menerima sembah mengadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain di Balai Menghadap Biru Istana Arau, Perlis semalam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan berangkat menerima sembah mengadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain di Balai Menghadap Biru Istana Arau di sini semalam.

Berangkat sama, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Sri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Ketua Polis negeri, Datuk Surina Saad.

Tuanku Syed Sirajuddin menzahirkan ucapan tahniah kepada Razarudin dan Ayob Khan atas perlantikan bagi mengalas tanggungjawab baharu mengetuai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu.

Baginda berharap agar PDRM akan terus menjalankan tugas masing-masing dengan penuh cekap, amanah dan berintegriti bagi memastikan negara ini kekal aman dan damai khususnya di negeri Perlis.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya