Raja Muda Perlis lancar sistem bayaran dalam talian - Utusan Malaysia

Raja Muda Perlis lancar sistem bayaran dalam talian

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melancarkan sistem bayaran dalam talian melalui laman portal rasmi www.maips.gov.my’ yang terkini.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkenan melancarkan sistem bayaran dalam talian melalui laman portal rasmi www.maips.gov.my’ yang terkini.

Sistem bayaran berkenaan adalah merupakan sebahagian daripada inisiatif selaras dengan Pelan Digitalisasi MAIPs 2023-2027 dan Pelan Strategik MAIPs 2021- 2025.

Ia juga sebagai penambahbaikan kepada sistem bayaran dalam talian sedia ada yang telah diperkenalkan oleh MAIPs sebelum ini yang hanya merangkumi perkhidmatan bayaran sumbangan zakat.

Antara keistimewaan sistem berkenaan adalah turut meluaskan bayaran wakaf, sumber am, sedekah termasuk bayaran sewaan premis MAIPs selain turut dimantapkan dengan platform gerbang pembayaran dalam talian.

Ia tidak hanya terikat kepada medium ‘fpx’ tetapi dikembangkan melalui sistem bayaran kad debit serta melalui aplikasi ‘TouchNgo’, ‘GrabPay’, ‘Boost’, ‘DuitNow QR’ dan Shoppe Pay.

Pelancaran tersebut disempurnakan oleh Tuanku Syed Faizuddin sempena Program Hijrah Minda MAIPs bilangan ke-15 2023 di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Menyambut keberangkatan baginda ialah Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Pada majlis sama, baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada 20 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah masjid berkenaan.

Masing-masing menerima RM400 dengan jumlah penuh disalurkan oleh MAIPs pada kali ini ialah RM8,000.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya