Pusat hiburan tawar GRO warga asing diserbu, 24 individu ditahan - Utusan Malaysia

Pusat hiburan tawar GRO warga asing diserbu, 24 individu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kira-kira 24 individu yang terdiri daripada warga tempatan dan warga asing diberkas selepas pihak polis menyerbu pusat hiburan tanpa lesen yang menawarkan perkhidmatan pelayan pelanggan (GRO) di sekitar daerah Cheras.

tangkapan itu dilakukan menerusi Op Noda yang dijalankan oleh Bahagian Judi, Maksiat & Gangsterism (D7), Bukit Aman.

Jabatan siasatan jenayah dalam hantaran Facebook memberitahu, kegiatan yang berselindung dalam premis rumah kedai itu dipercayai menggunakan kamera litar tertutup bagi memantau pergerakan masuk pihak berkuasa.

Kata hantaran itu, pengusaha premis ini menggunakan warga asing untuk mengendalikan perniagaan.

“Pelanggan hanya perlu membayar wang tips sebanyak RM50 sehingga RM100 kepada GRO yang menemani pelanggan.

“Kedua-dua premis yang diserbu juga menggunakan khidmat “Mummy” warga asing untuk pelanggan berurusan mendapatkan khidmat pelayan GRO,” kata hantaran itu.

Kata hantaran itu, premis ini juga menjalankan hiburan berkonsepkan jualan “Kalungan Bunga” yang bermula dari RM100 hingga RM1000 kepada pelanggan untuk diberikan sebagai tips kepada GRO dan bayaran terus dibuat kepada GRO yang dipilih oleh pelanggan.

“Kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras untuk tindakan selanjutnya.

“Kes telah disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155),” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN