Agong minta rakyat berdoa buat umat Islam ditindas - Utusan Malaysia

Agong minta rakyat berdoa buat umat Islam ditindas

SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofian meminta seluruh rakyat Malaysia memanjatkan doa kepada Allah SWT mengenai nasib umat Islam di seluruh negara terutama yang sedang ditindas.

Seri Paduka menzahirkan rasa syukur kerana seluruh rakyat Malaysia dikurniakan nikmat menyambut Aidilfitri dan bertemu lagi Syawal setelah mengejar segala ganjaran ibadah serta menyucikan jiwa dalam kemuliaan Ramadan.

“Dalam kita meraikan hari raya, marilah kita bersama-sama memanjatkan doa yang berterusan kepada Allah SWT, agar nasib umat Islam di seluruh dunia terutama mereka yang tertindas dalam kancah keganasan dapat dipelihara serta dikurniakan kemenangan dan keamanan sejagat, Insya-Allah,” titah Seri Paduka.

Titah itu dikeluarkan dalam Perutusan Hari Raya Aidilfitri 2026 yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN