Jaga keselamatan diri, orang tersayang semasa Aidilfitri – Ahmad Zahid - Utusan Malaysia

Jaga keselamatan diri, orang tersayang semasa Aidilfitri – Ahmad Zahid

AHMAD Zahid Hamidi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rakyat diminta terus menjaga keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan diri tatkala menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia supaya sambutan hari raya dapat dinikmati dalam suasana yang selamat, sejahtera dan penuh keberkatan.

Beliau berkata, hari kemenangan ini harus dirai bersama keluarga dan insan tersayang.

“Inilah saatnya untuk kita memperbaharui tekad, memperbaiki hubungan serta saling bermaafan dengan hati yang tulus,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO turut mengajak umat Islam untuk bersama-sama mendoakan rakyat Palestin dan beberapa buah negara di Asia Barat yang sedang berhadapan dengan ketidakstabilan akibat konflik.

“Semoga keamanan dan kesejahteraan segera dikurniakan buat mereka,” katanya.

Menurut beliau, keamanan yang sedang dinikmati oleh seluruh rakyat perlu dihargai.

“Ia bukan sekadar anugerah, tetapi amanah yang perlu kita pelihara. Justeru, perpaduan hendaklah terus diperkukuh agar kita dapat melangkah seiring dan berganding bahu membina masa depan negara yang lebih makmur,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN