Promosi produk luar bandar, perhebat usahawan wanita - Utusan Malaysia

Promosi produk luar bandar, perhebat usahawan wanita

Pelancongan wanita
RAHAYU Tajuddin (dua, kanan) pada program pameran produk pelancongan Matta Fair di Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bagi mempromosikan lebih 800 produk luar bandar ke peringkat antarabangsa, Taj Tours Malaysia dengan kolobrasi Gerak Biz Pasir Salak buat kali pertama mengambil inisiatif untuk memasarkan produk berkenaan, kali ini menerusi platfom Matta Fair 2023.

Menurut Pengarah Urusan Taj Tours Malaysia, Datin Sri Rahayu Tajuddin, usaha tersebut adalah bagi memperhebat ekonomi usahawan wanita untuk meluaskan pasaran yang ada mengikut kepada perkembangan ekonomi dunia.

Jelasnya, di bawah Perak Pavillion, promosi biskut dan kerepek tradisional seperti kacang bakar, semperit, tart nenas, kuih bangkit, siput, simpul kasih di mana kesemuanya dibuat sendiri oleh usahawan-usahawan wanita luar bandar itu. 

“Saya berharap ia bukan sahaja dapat mempergiatkan lagi ekonomi usahawan Pasir Salak, tetapi ianya sebagai satu pengalaman baru bagi mereka untuk ke luar sempan dan berniaga. 

“Antara produk lain yang turut diketengahkan adalah  berunsurkan kraft,  kebudayaan dan keseniaan. Semuanya dibuat khas untuk pengunjung Matta Fair baik local Malaysians, expats dan pelancong luar negara.

Booth ini dikendalikan oleh pengusaha produk dan team dari Pasir Salak tau. Moh ke booth kami ! Jgn lupey, kume menanti,” katanya ketika ditemui.

Beliau turut memberitahu, majoriti usahawan di Pasir Salak terlibat dalam bidang pengkhususan yang antaranya pembuatan makanan, jahitan, penghasilan produk pertanian, pelancongan dan banyak lagi.

“Semuanya ini akan dikembangkan secara berperingkat mengikut kepada kesesuaian ekonomi hari ini. Komponen keusahawanan yang sedia ada boleh diperluaskan lagi kerana ianya sangat relevan dan bersangkut paut dengan pelbagai jenis industri. 

“Keusahawanan merupakan strong contributor kepada ekonomi negara, baguslah usahawan diberi peluang dan ruang agar mereka dapat terus berkembang,” ujarnya lagi. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.