Polis sudah ambil keterangan Caprice, Mondy

Polis sudah ambil keterangan Caprice, Mondy

ARIZ Ramli atau Caprice
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan telah mengambil keterangan penyanyi rap, Caprice dan seorang wanita Indonesia semalam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan fitnah selepas laporan dibuat pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintenden Fairus Jaafar berkata, proses percakapan tersebut telah diambil di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

“Kita telah rakam percakapan dua individu iaitu Ariz Ramli atau Caprice dan Dita Restu Amanda (Mondy).

“Tindakan itu bagi melengkapkan lagi siasatan dan siasatan lanjut masih berjalan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, beberapa orang saksi lain lagi juga akan dipanggil untuk membantu siasatan.

Semalam Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi mengesahkan akan memanggil kedua-dua individu berkenaan.

Kata beliau, tindakan itu akan dilakukan pihaknya setelah menerima arahan lanjut (OTI) bagi menyiasat kes berkenaan.

Sasikala berkata, pihaknya juga sudah merakam keterangan Ebit Lew.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Kelmarin, Ebit Lew tampil membuat laporan polis dengan mendakwa berlaku fitnah melampau terhadapnya.

Ebit Lew menerusi hantaran di Instagramnya memaklumkan laporan polis itu dibuat sebaik beliau tiba dari Jeddah, Arab Saudi kira-kira pukul 12 tengah malam.

Laporan polis itu dipercayai dibuat selepas tular di media sosial satu rakaman wawancara bersama seorang wanita dari negara jiran yang pernah mendapat pertolongannya.

Wanita itu mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang pendakwah ketika kali pertama tiba di Malaysia, tahun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN