PN menang Pelangai, tekanan buat BN-PH

PN menang Pelangai, tekanan buat BN-PH

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Kedudukan kerajaan Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BNPH) Pahang tidak goyah sekalipun Perikatan Nasional (PN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Mat berkata, sebaliknya ia boleh menjadi satu tekanan besar kepada BN selaku parti terbesar kerana gagal mengekalkan penguasaan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Dari segi pentadbiran masih kekal, cuma kita boleh bayangkan pembangkang dapat 18 manakala parti kerajaan (BN) jadi 16, ia dapat memberi tekanan besar kepada kerajaan.

“Sebenarnya daripada segi demokrasi, suara pembangkang melebihi suara parti kerajaan, tanpa gabungan dengan Pakatan Harapan (PH) mereka tidak boleh teruskan agenda negeri,” katanya ditemui pemberita di Pusat Penamaan Calon Dewan Orang Ramai Felda Kemasul di sini hari ini.

Buat masa kini, BN dan PN masing-masing mempunyai 17 kerusi manakala PH pula memiliki lapan kerusi DUN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Terdahulu, Tuan Ibrahim bersama pemimpin PN mengiringi calon gabungan parti itu, Kasim Samat ke Pusat Penamaan Calon PRN DUN Pelangai.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata, PN tidak boleh berharap kepada undi protes ahli UMNO semata-mata, sebaliknya perlu kepada undi kepada kelebihan pihaknya untuk mentadbir negeri.

Katanya, rakyat kini matang apabila tidak lagi melihat soal pembangunan hanya tugas kerajaan sahaja, sebaliknya pembangkang juga mampu mengalas tugas tersebut.

Beliau memberi contoh pembangunan Pelangai masih sama walaupun BN memenangi kawasan itu sejak 16 pilihan raya lalu.

“Kita kena ubah konsep, 16 kali dah beri peluang. Tapi mengapa tidak buat sebelum ini, anak muda kecewa dengan pembangunan sini.

“Bukan  saya ingin menyalahkan wakil rakyat terdahulu, tetapi mereka anak muda menyaksikan perubahan perlu dilakukan di Pelangai,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya