Perhimpunan perdana agensi agama tingkat pengurusan hal ehwal Islam

Perhimpunan perdana agensi agama tingkat pengurusan hal ehwal Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bakal menganjurkan Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM) bagi meningkatkan kesepaduan antara agensi agama di peringkat persekutuan dan negeri demi kecemerlangan pengurusan hal ehwal Islam di negara ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd. Yusoff berkata, IJPAM akan diadakan di Kota Kinabalu, Sabah dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah dan Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU) bermula esok hingga 5 Oktober depan.

Ia sebagai kesinambungan kejayaan perhimpunan itu yang julung kali diadakan pada tahun lalu di Selangor.

Kata beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merasmikan Konvensyen Pengurusan Hal Ehwal Islam bersempena IJPAM itu pada 4 Oktober depan.

“Konvensyen yang bertemakan ‘Transformasi Pengurusan Hal Ehwal Islam Dalam Era Malaysia Madani’ menampilkan empat tokoh yang akan membentangkan kertas kerja masing-masing.

“Antaranya ialah tokoh korporat, Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohd. Tahir; Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha; Mufti Sarawak, Datu Kipli Yassin dan Mufti Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Majlis Penutupan IJPAM Sabah 2023 ini akan disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Naím Mokhtar pada hari terakhir program itu di Stadium Likas, Sabah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya