Perak guna perundangan baharu urus sumber air

Perak guna perundangan baharu urus sumber air

SIDANG akhbar SAARANI Mohamad (duduk empat kanan) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH : Setelah sekian lama menggunakan udang-undang berusia lebih 100 tahun, Perak akan menggunakan perundangan baharu bagi memastikan pengurusan sumber air di negeri itu lebih terkawal.

Perkara itu dicapai selepas Rang Undang-Undang (RUU) Sumber Air diluluskan dalam persidangan Dewan Negeri yang dibawakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Kelulusan tersebut bakal merealisasikan penubuhan Lembaga Pengurusan Sumber Air Perak yang dilengkapi punca kuasa enakmen dan peraturan, tenaga kerja berkemahiran teknikal serta kepakaran khusus dalam menguruskan sumber air.

Antara fungsi ialah menasihati pihak berkuasa negeri tentang pengurusan, mengawal selia pelesenan aktiviti yang menggunakan sumber air serta menjalankan penguatkuasaan.

Kata Mohammad Nizar, perundangan baharu itu juga menjawab teguran Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2015 Siri 2 Negeri Perak berhubung keperluan menubuhkan satu badan kawal selia air yang berkuasa mengendalikan pelesenan, penguatkuasaan, mengkoordinasi aktiviti dan memantau pembangunan di kawasan sumber air.

“Teguran, saranan, cadangan penambahbaikan yang diutarakan, semuanya telah diambilkira dan diterjemahkan di dalam fasal-fasal RUU ini,” katanya semasa ucapan penggulungan RUU Sumber Air Perak 2023.

RUU itu diluluskan oleh ahli dewan selepas sesi perbahasan selama dua hari bermula Isnin lalu bagi menggantikan akta lama pengurusan sumber air negeri iaitu Akta Air 1920 (Akta 418).

Mohammad Nizar berkata lagi, undang-undang baharu itu akan menyelesaikan isu-isu kelompongan dalam undang-undang negeri sedia ada iaitu Enakmen Feri 1901, Akta 418 dan Enakmen Pengurusan Pesisir Pantai Perak 2016.

Dalam sidang akhbar selepas itu, pihak pembangkang melahirkan kerisauan kerana menteri besar tidak dinamakan sebagai pengerusi lembaga tersebut.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad bagaimanapun menepis kenyataan pembangkang itu kerana melihat menteri besar masih boleh dilantik untuk mengisi jawatan tersebut oleh pihak berkuasa negeri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN