Zoe Kravitz, Harry Styles sudah bertunang? - Utusan Malaysia

Zoe Kravitz, Harry Styles sudah bertunang?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Penyanyi  Britain, Harry Styles dan pelakon Hollywood, Zoë Kravitz, mencetuskan khabar angin mengenai pertunangan selepas hampir setahun menjalinkan hubungan cinta.

Spekulasi itu timbul apabila bintang siri Big Little Lies, Zoë Kravitz, dilihat memakai sebentuk cincin berlian besar pada jari manis tangan kirinya ketika keluar menikmati kopi bersama Harry di London baru-baru ini.

Menurut foto yang disiarkan di sebuah portal antarabangsa semalam, pelakon berusia 37 tahun itu jelas mempamerkan barang kemas yang mencuri perhatian ramai ketika bersama Harry dalam temu janji santai tersebut.

Susulan itu, pelbagai pihak mula membuat andaian bahawa pasangan berkenaan kini sudah melangkah ke fasa lebih serius dalam hubungan mereka.

Bagaimanapun, kedua-dua selebriti itu masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan tersebut.

Setakat ini, kedua-dua pihak masih belum memberi ulasan mengenai gosip yang bertebaran.

Seperti kebiasaan mereka yang lebih gemar menjaga privasi, Harry dan Zoë memilih untuk tidak mengulas mengenai hubungan mereka yang mula terjalin pada musim panas 2025, beberapa bulan selepas Zoë menamatkan pertunangannya dengan pelakon Channing Tatum.

Walaupun hubungan mereka jarang dipamerkan secara terbuka, terdapat beberapa petunjuk halus yang menunjukkan percintaan pasangan itu mendapat restu daripada keluarga masing-masing.

Antaranya, ibu Harry, Anne Twist, pernah menekan tanda suka pada video yang dikongsi oleh British Vogue yang memaparkan Zoë menghadiri Minggu Fesyen Paris.

Malah, bapa Zoë, Lenny Kravitz, juga pernah dilihat keluar makan tengah hari bersama pasangan itu.

Tidak hanya itu, apabila Harry mengumumkan album terbaharunya berjudul Kiss All The Time. Disco, Occasionally pada Januari lalu, Lenny turut meninggalkan emoji hati merah dan penumbuk di ruangan komen Instagram sebagai tanda sokongan.

Meskipun Harry, 32, dan Zoë masih berahsia mengenai hubungan mereka, bekas anggota kumpulan One Direction itu sebelum ini pernah berkongsi pandangannya tentang perkahwinan dan masa depan yang dikatakan berubah sepanjang tempoh dua tahun berehat daripada dunia glamor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN