Penghantar makanan disyaki rogol anak tiri sejak 2020 

Penghantar makanan disyaki rogol anak tiri sejak 2020 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perbuatan terkutuk seorang penghantar makanan yang disyaki merogol dan mencabul anak perempuan tirinya sejak 2020 terbongkar selepas satu laporan polis dibuat oleh remaja berusia 15 tahun itu.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, berdasarkan laporan itu, remaja berkenaan mendakwa dirogol dan dicabul bapa tirinya pukul 12.30 tengah hari, pada Januari 2020 di sebuah rumah kedai di Pandan Indah, di sini.

Kata Mohd. Azam, kejadian itu berlaku sejak mangsa berusia 13 tahun.

“Tidak terhenti di situ, mangsa juga mendakwa suspek sekali lagi cuba mencabul mangsa pada pukul 7.30 petang pada 28 Ogos selain kali terakhir suspek melakukan perbuatan itu pada pukul 8 malam 30 Ogos lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menahan lelaki berusia 30 tahun itu pukul 10.30 malam tadi di rumahnya.

Kata beliau, suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 14 September.

“Semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah dan negatif ujian kencing dadah.

“Berdasarkan siasatan lanjut pihak polis, suspek menafikan merogol atau mencabul mangsa. Suspek mendakwa anak tirinya mereka cerita kerana suspek tegas mendidik,” ujarnya.

Kata beliau, pemeriksaan pegawai perubatan Hospital Ampang mendapati mangsa mengalami koyakan lama.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun keseksaan,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN