Pembangkang jangan persoal profesionalisme polis -Zahid

Pembangkang jangan persoal profesionalisme polis -Zahid

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Perikatan Nasional (PN) diingatkan agar tidak mempersoalkan profesionalisme pihak berkuasa yang menjalankan tugas sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dakwaan yang dibangkitkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan boleh menimbulkan kekeliruan. 

“Saya kenal beliau secara peribadi dan beliau akan menggunakan apa sahaja, bukan hanya untuk menimbulkan situasi bagi menyerang, tapi mewujudkan kekeliruan. 

 “Polis sangat profesional, mereka cuma memantau mana-mana parti politik atau calon yang melakukan kempen.

“Jangan persoalkan profesionalisme yang dilakukan agensi penguatkuasaan terutamanya oleh PDRM (Polis Diraja Malaysia),” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Kerjaya MyFuture Jobs bersama Hawa Malaysia di Dataran Ilmu Felda Chemomoi di sini hari ini

Pas mendakwa kehadiran luar biasa pihak berkuasa dalam pelbagai aktiviti kempen dianjurkan parti itu pada PRK Pelangai menimbulkan keresahan dalam kalangan penyokongnya.

Takiyuddin berkata, tindakan itu juga boleh memberi gambaran tidak sihat kepada amalan demokrasi negara.

Dakwanya, kehadiran kereta peronda terlalu kerap di markas-markas operasi terutamanya milik Perikatan Nasional (PN) dengan alasan untuk mendapatkan maklumat kekuatan petugas dan gerak kerja sedangkan ia tiada kaitan dengan agensi itu.

Bagaimanapun, calon PN, Kasim Samat dilapor berkata, secara peribadi, kehadiran pihak berkuasa tidak memberi kesan kepadanya, namun tidak menolak terdapat laporan daripada jentera kempen yang ‘terganggu’ dengan situasi tersebut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya