Pelajar madrasah maut langgar pacuan empat roda di LPT2 - Utusan Malaysia

Pelajar madrasah maut langgar pacuan empat roda di LPT2

KEADAAN mayat Muhammad Hafiz Azizi Mustafa Kamal yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 382.6, Lebuhraya  Pantai Timur 2 dekat Ajil, Hulu Terengganu, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seorang pelajar madrasah maut setelah motosikal ditunggangnya terlanggar sebuah pacuan empat roda di lorong kecemasan di Kilometer 382.6, Lebuhraya Pantai Timur 2, dekat Ajil, di sini, malam tadi.

Dalam kemalangan pukul 11.32 malam itu, mangsa, Muhammad Hafiz Azizi Mustafa Kamal, 20, pelajar Madrsatul Quran Ash Shabab, Jalan Bukit Bading, Ajil, di sini meninggal dunia di tempat kejadian setelah cedera parah bahagian kepala.

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superintenden Raja Saripah Robiah Raja Sulaiman berkata, kemalangan melibatkan motosikal jenis Honda Vario ditunggang mangsa dan Triton Lite dipandu seorang lelaki.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa pemandu pacuan empat roda dari Muadzam Shah, Pahang menuju ke inap desa untuk hadir pada program RXZ Members 5.0. berhenti di lorong kecemasan bagi membantu rakan yang alami kerosakan motosikal.

“Setelah berhenti lebih kurang 15 minit tiba-tiba mangsa yang dalam perjalanan dari rumahnya di Sri Bandi, Kijal, Kemaman menghala ke madrasah melanggar bahagian belakang pacuan empat roda berkenaan.

“Akibat daripada pelanggaran tersebut mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu Triton Lite tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi.

Tambah beliau, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan selanjutnya.

Katanya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya