Penceroboh maut disedut enjin pesawat sebelum dilanggar - Utusan Malaysia

Penceroboh maut disedut enjin pesawat sebelum dilanggar

SEBUAH pesawat melanggar penceroboh sebelum berlepas. - TikTok@madicartas
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON:: Satu insiden ngeri berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver, Amerika Syarikat (AS) pada malam Jumaat apabila sebuah pesawat syarikat penerbangan Frontier Airlines yang mahu menuju ke Los Angeles melanggar seorang individu ketika dia sedang berjalan di atas landasan. 

Pihak pengurusan lapangan terbang mengesahkan bahawa individu berkenaan telah memanjat pagar berhampiran landasan dan dilanggar dua minit kemudian pada pukul  11.19 malam waktu tempatan.

Mangsa yang belum dikenal pasti identitinya itu disahkan maut di tempat kejadian dan dipercayai bukan kakitangan lapangan terbang.

Sebahagian tubuh mangsa disedut masuk ke dalam salah satu enjin pesawat Airbus A321.  Malah, kesan darah jelas kelihatan pada bahagian enjin yang terjejas.

Salah seorang penumpang, Mohamed Hassan menyifatkan kejadian itu sebagai pengalaman paling menakutkan dalam hidupnya.

Beliau melihat api dan mendengar bunyi letupan kuat yang mencetuskan panik dalam kalangan penumpang.

Kesemua 224 penumpang dan tujuh anak kapal berjaya dipindahkan keluar menggunakan gelongsor kecemasan kira-kira tiga minit selepas pesawat berhenti.

Seramai 12 orang mengalami kecederaan ringan dengan lima daripadanya dihantar ke hospital tempatan untuk rawatan lanjut.

Setiausaha Pengangkutan AS, Sean Duffy menyifatkan mangsa sebagai penceroboh yang sengaja memanjat pagar keselamatan walaupun pemeriksaan mendapati pagar tersebut berada dalam keadaan baik.

Pihak Frontier Airlines kini sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden tersebut manakala penumpang lain telah diterbangkan ke destinasi mereka menggunakan pesawat gantian. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×