PAUPM mahu tubuh Rumah Alumni

PAUPM mahu tubuh Rumah Alumni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG : Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia (PAUPM) bercadang menubuhkan Rumah Alumni  untuk kegunaan persatuan dan ahlinya pada masa akan datang.

Konsep rumah alumni tersebut telah disediakan dan masih menunggu kelulusan tapak tanah daripada pengurusan UPM .

Presiden PAUPM, Datuk Raihan Sharif berkata Lembaga Pengurusan Universiti (LPU) telah menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan Rumah Alumni bagi membincangkan cadangan tersebut.

”PAUPM juga sedang berunding dengan satu syarikat swasta yang mempunyai kepakaran teknikal dan keupayaan kewangan untuk mencadangkan pembangunan bersama untuk Rumah Alumni berkenaan, “ujarnya.

Beliau menyatakan demikian semasa berucap selepas dipilih semula sebagai presiden persatuan berkenaan dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan pemilihan bagi sesi 2023-2025 di sini hari ini.

Barisan exco tersebut dianggotai beliau sebagai presiden dan Datuk Syed Abdul Rahman Syed Kadir sebagai timbalan serta sembilan ahli jawatankuasa (AJK).

Dalam pada itu Raihan berkata, dalam usaha meremajakan persatuan tersebut beliau akan memberi fokus kepada usaha menarik lebih ramai alumni muda menyertai kepimpinan PAUPM.

“Alumni muda mempunyai banyak tenaga dan lebih kreatif, namun mereka sibuk dengan aktiviti kerjaya mereka. Kesan sinergi daripada gandingan alumni senior dan alumni muda dalam kepimpinan PAUPM diharap akan memberikan momentum dan melonjakkan aktiviti PAUPM, “ ujar beliau lagi.

Terdahulu semasa berucap dalam Forum Mesyuarat Agung (AGM) persatuan berkenaan beliau berkata, persatuan tersebut telah berusia lebih 60 tahun sejak berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan  Malaysia (ROS) Selangor pada 29 Jun 1971. 

Namun begitu, jumlah bilangan alumni UPM yang berdaftar dengan persatuan hingga tahun 2022 hanyalah 115,690 orang. 

Beliau berkata, daripada jumlah tersebut bilangan mereka yang aktif dengan aktiviti persatuan hanyalah sekitar 5,000 orang. 

Forum yang bertemakan Aspirasi Ahli kepada Persatuan Alumni UPM disertai  tiga  tokoh alumni dari 1970-an, 1980-an dan 1990-an 

Tiga panel yang menyertai forum berkenaan adalah penasihat persatuan Ghazali Salamat, Pengerusi UPM Holding Berhad Datuk Dr. Mohd Fauzi Ramlan yang juga bekas naib canselor UPM dan Pengarah Linemax Media Sdn. Bhd. Shahrudin Mahadi dan Dr Syed Abd Rahman sebagai moderator.

Beliau turut mengalu-alukan pelantikan Prof Emeritus Datuk Dr. Ibrahim Komo sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UPM yang baru serta mengucapkan tahniah kepada Prof. Datuk Dr Ahmad Farhan Mohd Sadulah yang diumumkan sebagai Naib Canselor UPM yang baharu..

Raihan berkata, persatuan juga akan memberi anugerah kepada alumni universiti berkenaan yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam bidang masing-masing sempena Majlis Makan Malam Jubli Emas di Serdang malam ini.

Anugerah Tokoh Alumni Terbilang itu akan diberikan kepada enam tokoh yang dikenal pasti berjaya dalam bidang masing masing

Tokoh tokoh yang diberi anugerah itu meliputi kategori tokoh alumni sektor awam, tokoh alumni sektor swasta, tokoh alumni sektor keusahawanan, tokoh alumni sektor antarabangsa, tokoh exco alumni, tokoh alumni terbilang, Gemilang & Cemerlang.

Persatuan tersebtu juga telah menganjurkan Seminar dan Pameran Herba dan Pemulihan Penyakit pada 11 Julai 2023 di kampus Serdang melibatkan seramai 200 peserta, pembentangan 11  kerja dan  25 pempamir seeta satu memorandum persefahaman (MoU termeterai.

Penubuhan Alumni UPM Sarawak Chapter di Kuching juga telah diadakan pada 23 Februari lalu melibatkan seramai penyertaan seramai 65 alumni dari Sarawak. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya